Tertuduh, Mohd. Shukri Abdul Rahman, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamid.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Syukri sebagai ejen Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah menerima suapan daripada Syarikat Jayonik MSC Sdn. Bhd. untuk mengeluarkan surat perlantikan kepada syarikat itu bagi beberapa projek berjumlah RM8,404,675.13 di Maybank Cawangan Times Square, Jalan Dato Keramat di sini.

Norsalha kemudiannya mengarahkan tertuduh membayar jaminam sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh diwakili Peguam Datuk Shukri Mohamad. - UTUSAN ONLINE