Tertuduh, M. Dinesh, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa Tamil menerusi seorang jurubahasa di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati, hari ini.

Mengikut pertuduhan tersebut, tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Konstabel Mohammad Izzat Shafiq Mohd. Razi, 24, dan Lans Koperal Mohd. Nazri Mat Nayan, 31 iaitu menikam dengan menggunakan sebilah pisau pada lengan kiri serta kanan mangsa di flat Lengkok Mahsuri, Bayan Baru kira-kira pukul 1.15 pagi, 30 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mustafa Alaidin manakala tertuduh pula diwakili peguam, Norliza Mohd. Ali daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).- UTUSAN ONLINE