Tertuduh, G. Viswanathan, 36, K. Lechumy, 40, beserta dua anak lelaki wanita itu, R. Aravindaar, 19, dan seorang lagi yang berusia 14 tahun membuat pengakuan tidak bersalah atas kesalahan mencederakan pelajar itu yang merupakan anak kepada Viswanathan.

Viswanathan didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara Februari hingga 14 Ogos lalu di Nombor 31, Jalan Camar 5, Taman Perling.

Lechumy yang merupakan seorang suri rumah dan hamil enam bulan didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara Julai hingga 14 Ogos lalu di alamat sama.

Sementara dua anak Lechumy didakwa melakukan kesalahan sama antara Julai hingga 14 Ogos di alamat sama. - UTUSAN ONLINE