Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cabul:buruh binaan didakwa

cabul

JOHOR BAHRU 6 Sept. - Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang jurutera wanita di tandas wanita di sebuah kedai perabot di Pasir Gudang, dekat sini pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Arizal Jasni, 29, mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.

Mengikut kertas pertuduhan, Arizal didakwa melakukan kesalahan jenayah mengaibkan kehormatan mangsa, dengan mengganggu kesantunan wanita dengan memasuki tandas awam.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu dalam tandas wanita di Courts Kip Home Mart, Jalan Persiaran, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada pukul 8.15 malam, 2 September lalu.

Mohd. Azlan kemudian menjatuhi hukuman penjara selama 12 bulan bermula hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain