M. Nadarajah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunos.

Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 47 tahun itu didakwa meliwat mangsa yang berusia 22 tahun pada pukul 12.05 pagi 25 Oktober lalu ketika ditahan di dalam sel itu atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

Pendakwaan di bawah Seksyen 377 C Kanun Keseksaan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Mohd. Zain manakala Nadarajah tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu Kamaliza tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh namun Nadarajah membuat rayuan agar dibebaskan dengan jaminan kerana menyara ibu dan seorang anak angkat selain bekerja dengan pendapatan RM900 sebulan.

Hakim Norhayati kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 6 Disember ini. - UTUSAN ONLINE