Tertuduh Mohd. Syafiq Che Sekrey, 32, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Nazri Ismail.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen negeri, Nor Kamilah Mohammad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan penyeludupan terhadap lapan orang migran lelaki warga Myanmar berusia antara 20 hingga 40 tahun pada pukul 7.30 pagi pada 17 Januari lalu.

Tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE