Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian terhadap Kunaseegaran, 54, empat penganggur R. Dinishwaran, 25; A.K. Thinesh Kumar, 24; M. Vishwanath, 27; S. Nimalan, 24, dan pemberi pinjaman wang, S. Ravi Chandaran, 46.

Kesemua tertuduh dibicarakan atas tu­duhan membunuh Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara itu dalam perjalanan dari rumah mangsa di Jalan Dutamas 1, Sentul di sini ke No. 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya dekat sini, antara pukul 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Tertuduh-tertuduh berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. - UTUSAN ONLINE