M. Gunasegaran, 37, mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu melibatkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pembunuhan ke atas seorang kerani, D. Tharani, 35, di tempat letak kenderaan, Pasaraya Giant, Kota Damansara di sini kira-kira pukul 1.50 petang, 5 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mendatori jika sabit kesalahan.

Akhbar baru-baru ini melaporkan, balai polis Damansara gempar apabila seorang lelaki membawa bersama mayat teman wanitanya dalam sebuah kereta dipandu menyerah diri kepada pihak polis.

Polis yang bertugas di balai polis Damansara benar-benar terkejut apabila seorang lelaki membawa bersama mayat teman wanitanya dalam kereta yang dipandunya ke balai polis itu lalu menyerah diri. UTUSAN ONLINE