Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zalita Zaidan memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes tersebut.

Zalita berkata, pihak pendakwaan juga gagal memanggil saksi penting dalam kes berkenaan sekali gus menyebabkan subjudis kepada tertuduh, Suri, 41.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Derinderjit Kaur Gill manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Irwan Sumadi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi suspek yang masih bebas pada 11 Mei 2017 kira-kira pukul 11.45 pagi telah membunuh seorang pekerja binaan, Mohamad Ali Ashraf di tapak pembinaan Depo Bas Rapid Kuala Lumpur, Kawasan perindustrian Batu Caves, Gombak.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. - UTUSAN ONLINE