Mohamad Fairul Mohamad Ramzi,33, dan anaknya Agung Ishmael, 8, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui firma guaman, RamRais & Partners di Mahkamah Sesyen di sini semalam dan salinan dokumen diperolehi media hari ini.

Plaintif menamakan sebuah sekolah swasta di Setapak defendan pertama dan seorang guru ganti wanita defendan kedua.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Agung Ishmael telah digigit di bahagian muka serta ditendang di punggung oleh rakan sekelasnya pada 1 Jun lalu.

Sepanjang kejadian itu, Mohamad Fairul mendakwa guru wanita itu berada di dalam kelas tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Oleh itu, plaintif antara lainnya menuntut ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlahnya dan ganti rugi khas berjumlah RM6,009.70. - UTUSAN ONLINE