Majistret Irene Isabelo menjatuhkan hukuman itu selepas Kurisiya, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan memberikan maklumat secara bertulis yang diketahui palsu kepada pegawai polis di Balai Polis Selayang di sini kira-kira pukul 6.20 petang, 7 November lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, T. Ashvinii mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. UTUSAN ONLINE