Farid Kamil atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 37, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan selesai dibacakan kepadanyadi hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Farid Kamil didakwa telah mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan keterangan tidak benar yang mana laporan tersebut boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan tersebut.

Pelakon filem J Revolusi itu didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dekat sini pada pukul 5.54 petang, 31 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda. - UTUSAN ONLINE