Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bookie atur perlawanan Liga Perdana 2017 direman enam hari

Bookie rasuah MIFA
SEORANG bookie direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana membabitkan kelab MISC-MIFA di Mahkamah Majistret hari ini. - UTUSAN ONLINE/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 7 April - Seorang bookie direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana 2017 membabitkan kelab MISC-Malaysia Indian Football Association (MIFA).

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 49 tahun tersebut dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tempoh reman ke atas suspek yang bekerja di sebuah kedai besi buruk itu bermula hari ini hingga 12 April depan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga sebelum itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.50 pagi.

Lelaki itu ditahan SPRM kira-kira pukul 5.30 petang semalam di sekitar ibu negara selepas dipercayai menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab itu untuk mengatur keputusan perlawanan.

Kelmarin, SPRM menahan tiga pemain bola sepak Malaysia Indian Football Association (MIFA) termasuk seorang pemain import kerana dipercayai mengambil rasuah daripada bookie.

Siasatan awal yang diperolehi, suspek menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM 30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain