Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bogel: 28 peserta, 
lima jurulatih didenda

Sebahagian peserta kem motivasi yang melakukan aktiviti berbogel
Sebahagian peserta kem motivasi yang melakukan aktiviti berbogel di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong, Pahang, semalam.

BENTONG 17 Mei - Aktiviti berbogel dalam program motivasi di sebu­ah pusat peranginan di Bukit Tinggi, Januari lalu me­ngundang padah kepada 28 lelaki apabila mereka masing-masing didenda RM1,500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana berkelakuan lucah di tempat awam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 23 peserta yang berusia antara 19 tahun dan 23 tahun menghadapi tuduhan berbogel di padang permainan pusat peranginan berkenaan manakala lima peserta lagi didakwa bersubahat melakukan aktiviti tersebut.

Sementara itu, lima penganjur termasuk jurulatih kem motivasi tersebut iaitu Yew Kian Shyong, 45; Cheak Yen Wah, 33; T'ng Cheng Leong, 44; Lie Keh Feng, 23, dan Lim Eu Geen, 26, masing-masing didenda RM3,000 dan penjara sebulan mulai tarikh tangkap pada 22 Januari lalu atas kesalahan bersubahat.

Kesemua tertuduh dijatuhi hukuman itu setelah mereka mengaku bersalah berhubung tuduhan mendatangkan kegusaran kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Selesa Hillhomes, Rozana Chung Abdullah dengan berkelakuan lucah di tempat awam iaitu di padang permainan pusat peranginan berkenaan pada pukul 5.30 petang, 21 Januari lalu.

Pertuduhan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud dikemukakan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan untuk kesalahan bersubahat dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda atau ke­dua-duanya.

Selain itu, tiga pesalah muda yang berusia di bawah 18 tahun masing-masing dibenarkan diikat jamin RM1,000 sementara menunggu laporan akhlak dikemukakan manakala lapan lagi tertuduh yang tidak hadir kerana berada di luar negara akan dihadapkan ke mahkamah pada 22 Mei ini.

Terdahulu, salah seorang jurulatih kem motivasi berkenaan dalam rayuannya mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian berkenaan dan berharap kesemua peserta dikenakan hukuman paling ringan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Ismantie Ismail yang mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kesemua tertuduh kerana perbuatan mereka melanggar tatasusila.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain