WAN ROSDY
WAN ROSDY WAN ISMAIL

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun Sivarraajh akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

“Walaupum terkejut dengan keputusan ini, saya dan rakan-rakan dalam BN menerimanya dengan hati yang terbuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU-14 adalah terbatal dan tidak sah akibat rasuah.

Oleh itu, Hakim Datuk Azizah Nawawi memerintahkan agar pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi parlimen itu.

Dalam pada itu, Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, beliau akan segera memanggil mesyuarat khas BN negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dan persiapan yang perlu dilakukan bagi menghada piilihan raya kecil tersebut jika rayuan ditolak.

"Saya percaya bahawa BN di negeri ini masih kukuh yang dengan itu mampu digerakkan secara berkesan bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut. - UTUSAN ONLINE