Majistret Mohd. Faizal Ismail memutuskan demikian terhadap Bilqis Hijjas, 38, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mewujudkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.


Mengikut pertuduhan, wanita tersebut didakwa menghina dengan tujuan membangkitkan kemarahan yang mungkin menyebabkan keamanan terganggu di pusat beli-belah Pavilion, Jalan Bukit Bintang di sini, kira-kira pukul 3.15 petang, 31 Ogos 2015.


Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan. 


Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Farhan Aziz manakala Bilqis yang merupakan anak kepada arkitek terkenal Hijjas Kasturi diwakili peguam, Latheefa Koya. - UTUSAN ONLINE.