Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan kes itu ditangguhkan selepas peguam Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa Guan Eng mempunyai tugas rasmi hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud bagaimanapun membantah permohonan penangguhan tersebut kerana tarikh penamaan calon masih belum ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perbicaraan akan didengar pada 21 hingga 25 Mei ini.

Mahkamah turut menetapkan 10 Mei ini bagi pengurusan kes tersebut untuk memastikan isu-isu berkaitan pilihan raya selesai. - UTUSAN ONLINE