Perbicaraan itu ditangguhkan bagi menunggu keputusan rayuan pihak pembelaan mencabar keputusan mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu berikutan permohonan daripada peguambela, Gobind Singh Deo dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi.

Sehubungan itu, kata beliau, tarikh 27 Mac ini dilapangkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan dan menetapkan 25 April ini untuk pengurusan semula kes. - UTUSAN ONLINE