Chiew Tong Nam, 47, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, dia yang didapati positif dadah jenis Meth  menyerah wang suapan itu bertujuan agar pegawai polis tidak mengambil sampel air kencingnya dengan menukarkan kepada air paip untuk dimasukkan ke dalam botol urin.

Dia melakukan kesalahan itu pada pukul 1.30 pagi, 31 Januari lalu di pusat hiburan Meridian, Cheras di sini.

Tong Nam didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Nor Diana Nor Azwa. - UTUSAN ONLINE