Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menjatuhkan hukuman tersebut terhadap S. Yogeswary, 38, selepas  didapati bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 11 pagi, 27 September tahun lalu di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di sini ketika dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-37.

Pertuduhan ke atas ibu tunggal itu dikemukakan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini selain tertuduh diarah membayar kos pendakwaan sebanyak RM1,500. - UTUSAN ONLINE