Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas penolong jurutera JKR didakwa gubah wang haram

Bekas penolong jurutera JKR didakwa gubah wang haram
PESARA kerajaan itu didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki RM1,113,250 yang mana merupakan hasil aktiviti haram. - UTUSAN

ALOR SETAR 23 Ogos - Bekas penolong jurutera kanan Jabatan Kerja Raya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menglibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM1.13 juta, Januari lalu.

Tertuduh, Ishak Ismail, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Pesara kerajaan itu didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki RM1,113,250 yang mana merupakan hasil aktiviti haram pada kira-kira pukul 3 petang, 19 Januari lalu di rumah No. 67, Batu 14, Simpang Tiga, Sungai Daun, Yan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan yang dikendalikan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A. Hafiizh Abu Bakar mencadangkan jaminan sebanyak RM250,000 dan meminta tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Arif Shaharuddin bagaimanapun merayu Ishak dikenakan ikat jamin yang rendah dengan alasan tertuduh tidak lagi mempunyai pendapatan selepas wang pencennya ditahan selain perlu menanggung isteri dan tiga anak yang kini menuntut di universiti.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 berserta seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 13 hingga 16 November ini untuk perbicaraan kes. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain