Tertuduh, Muhamad Nasir Razak, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Nasir sebagai pengurus projek SBPKP yang diamanahkan dengan penguasaan terhadap Baja Sebatian, NPK Tambahan dan Urea sebanyak 56,700 beg bernilai RM2,544,650 telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas peruntukan baja tersebut.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau, Kilometer 24, Jalan Jasin, Merlimau dalam daerah Jasin antara 31 Januari hingga 31 Disember 2016.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE