Tertuduh, Lai Chin Siang, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Faris Rahmat dan Mahadi Jumaat manakala tertuduh diwakili peguam T. Vijaya Sandran.

Mahkamah memerintahkan wang jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah selain melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan.

Kamaruddin menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE