Noraffendi Omar, 45, sebagai pengurus untuk mengendalikan kupon makanan bagi penumpang yang menghadapi masalah kelewatan penerbangan ketika kejadian bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Gan Chee Keong.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang masih bujang itu didakwa memperoleh sejumlah RM188,000 dan RM547,500 yang merupakan hasil daripada aktiviti pengubahan wang daripada akaun sebuah syarikat pembekalan makanan, Raisha Gold Ventures di RHB Bank Bhd. cawangan Menara Shell KL Sentral.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di RHB Bank Bhd., cawangan Ground Floor, Lot 348 Sentral, Menara Shell KL Sentral, di sini antara 21 September 2015 dan 19 Mei 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan tiada ahli keluarganya yang hadir dan menetapkan 18 September ini untuk sebutan semula kes.- UTUSAN ONLINE