Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas pengurus hotel ke tali gantung

Muhammad Firdaus Abdullah keluar dari Mahkamah Tinggi Muar, Johor semalam. – BERNAMA
Muhammad Firdaus Abdullah keluar dari Mahkamah Tinggi Muar, Johor semalam. – BERNAMA

MUAR 16 April – Seorang lelaki kelihatan tenang walaupun terpaksa menerima hakikat nyawa­nya akan berakhir di tali gantung apabila Mahkamah Tinggi, di sini hari ini mendapati dia bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 82.38 gram, Januari tahun lalu.

Muhammad Firdaus Abdullah, 29, menunjukkan reaksi sedemikian ketika Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Muhammad Jamil dalam penghakimannya berkata, kenyataan tertuduh bahawa dia dipaksa mengambil kotak daripada seorang pemandu bas tidak boleh dipercayai.

“Tertuduh menggeletar dan minta supaya tidak ditangkap sambil menangis menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan kewujudan dadah dalam satu plastik mengandungi kotak dibalut kertas hadiah yang dipegang di tangan kanannya,” kata beliau.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Firdaus didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 74.5, kawasan Rehat dan Rawat Machap arah Utara, Kluang dekat sini kira-kira pukul 9.30 pagi, 4 Januari 2016.

Pemeriksaan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ke atas kotak tersebut menemukan empat bungkusan didapati mengandungi dadah jenis heroin.

Muhammad Firdaus yang juga bekas pengurus sebuah hotel didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Chandran Singh.

Terdahulu, seramai enam saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan dipanggil sepanjang perbicaraan berlangsung.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain