mengemukakan tuntutan palsu, hari ini sekali lagi dihadapkan ke mahkamah yang sama atas tuduhan serupa.

Kali ini tertuduh, Che Sa’adon Che Yahya, 54, menghadapi pertuduhan mengemukakan invois palsu berkaitan pembelian 14 ekor ikan kerapu hibrid bernilai RM600 dua tahun lalu.

Pada 27 Mac lalu, Che Sa’adon dituduh mengemukakan invois palsu berkaitan penukaran alat ganti kenderaan milik PPNT pada September 2016.

Ketika pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz hari ini, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mohammad Haldar kemudian menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh dibenar ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, Che Sa’adon didakwa dengan niat memperdaya kerani Akaun Lembaga Pertubuhan Peladang di Pejabat PPNT pada September 2016 dengan mengemukakan butiran

palsu mengenai pembelian 14 ekor ikan kerapu hibrid bernilai RM600 sedangkan pembelian ikan itu hanya RM300.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Undang-Undang Malaysia Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam, Nor Asyikin Zakaria.- UTUSAN ONLINE