Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas Pengarah Urusan Tanjung Offshore dilepas, bebas

MAHKAMAH
Bekas Pengarah Urusan syarikat minyak dan gas, Tanjung Offshore Berhad, Datuk Harzani Azmi, 50, (tengah) menarik nafas lega apabila Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengemukakan cadangan pembelian saham sebuah syarikat melebihi harga sebenar bernilai lebih RM34 juta, tiga tahun lalu. - GAMBAR BERNAMA

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Bekas Pengarah Urusan syarikat minyak dan gas, Tanjung Offshore Berhad, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengemukakan cadangan pembelian saham sebuah syarikat melebihi harga sebenar bernilai lebih RM34 juta, tiga tahun lalu.

Hakim Madihah Harullah memutuskan demikian tanpa memanggil Datuk Harzani Azmi, 50, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan Harzani didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mengarahkan firma guaman Mathews Hun Lachimanan untuk memindahkan wang berjumlah RM13.3 juta daripada “akaun pelanggan di Standard Chartered Berhad milik Mathews Hun Lachimanan ke akaun pelanggan di Kenanga Investment Bank Berhad”.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di 10-3, Batu 3, Jalan Klang Lama, di sini antara 14 November dan 27 November 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) (AMLA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Harzani juga didakwa atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu iaitu suatu kertas cadangan bertajuk ‘Proposed Acquisition of Remaining Shares In Gas Generators (M) Sdn. Bhd., (GASTEC)’ berhubung pembelian 49 peratus saham syarikat Gas Generators dimiliki Syarikat Appolusa Sdn. Bhd., pada harga RM34.3 juta kepada Ahli Lembaga Pengarah Tanjung Offshore.

Kertas cadangan itu dikemukakan melalui Tan Seow Hoe, Ketua Bahagian Kewangan Korporat Tanjung Offshore Berhad, yang mana tertuduh tahu nilai saham RM34.3 juta itu adalah tidak benar kerana melebihi nilai sebenar sehingga mendorong ahli lembaga pengarah Tanjung Offshore memasuki satu perjanjian jual beli saham antara Appolusa Sdn. Bhd., dan Tanjung Offshore bertarikh 21 Oktober 2013.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik mesyuarat Pejabat Tanjung Offshore Berhad, Wisma UOA, Damansara, di sini pada pukul 10 pagi, 21 Oktober 2013.

Harzani didakwa mengikut Seksyen 366(1)(a) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain