Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas pengarah syarikat dipenjara 4 tahun tipu bekal baju celoreng tentera

Tipu bekal baju celoreng
ANGGOTA polis membawa seorang bekas pengarah syarikat pelaburan, Shamsuzy Mahasan (kanan) yang dihukum penjara empat tahun atas tuduhan menipu rakan sekolahnya berhubung tender membekalkan baju celoreng digital untuk tentera di Mahkamah Sesyen Kajang hari ini. - UTUSAN ONLINE/SHAIFUDIN MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 20 April - Seorang bekas pengarah syarikat pelaburan dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini hari ini kerana menipu rakan sekolahnya kononnya dia menerima tender daripada Kementerian Pertahanan bagi membekalkan baju celoreng digital untuk tentera sehingga menyebabkan mangsa kerugian hampir RM1 juta, dua tahun lalu.

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Shamsuzy Mahasan, 30, selepas dia mengaku bersalah menipu Shahidatul Afifah Omar, 30, dengan memperdayakan mangsa bahawa syarikat Tenaga Kayangan Sdn. Bhd., miliknya telah mendapat tender untuk membuat pakaian seragam celoreng digital tentera daripada Kementerian Pertahanan dan turut menjanjikan keuntungan sebanyak 60 peratus daripada modal yang diberikan.

Perbuatan itu mendorong mangsa yang bekerja sebagai kerani menyerahkan wang tunai RM904,778.00 secara berperingkat-peringkat

Kesalahan itu didakwa dilakukan dirumahnya di  Jalan Tembusu 2 Taman Impian Ehsan , Hulu Langat, antara September 2015 dan April 2016.

Ibu tunggal beranak satu itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 7 Februari lalu.

Shamsuzy kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan serupa menipu mangsa yang lain dan akan dibebaskan pada 17 November 2019. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain