Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd. Shariff Abu Samah memutuskan demikian selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan mereka daripada tuduhan itu pada 18 Mei 2015.

Sebelum ini, Han Kook, 61, dan Siew Cheong, 53, didakwa dengan niat bersama menipu pegawai Malayan Banking Berhad (Maybank) bagi permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank adalah tulen.

Bagi kesemua pertuduhan itu mereka secara tidak jujur mendorong pegawai bank untuk memindahkan wang berjumlah RM67,433,143 ke dalam akaun tiga buah syarikat iaitu Asia Food Link Sdn. Bhd., Violet Bonanza Sdn. Bhd. dan Stanson Marketing Sdn. Bhd., yang mana pegawai itu tidak akan memindahkan wang tersebut sekiranya mereka tidak diperdayakan oleh kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank, Tingkat 8, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee di sini antara Oktober 2011 hingga Februari 2012

mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat serta boleh juga didenda. - UTUSAN ONLINE