Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Selasa depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen, Norida Mohd. Husin.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan di pejabatnya di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya tengah hari semalam.

“Pegawai kita ke pejabat JPA untuk membuat tangkapan sebelum membawa suspek ke Kelantan malam tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE