Tertuduh, Mohd. Adnan Md. Daud, 54, hadir di mahkamah berkenaan kira-kira pukul 11.44 pagi ini sambil diiringi anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 


Mohd. Adnan yang kini bertugas sebagai Pengarah Pembangunan Komuniti Kemas di Putrajaya diwakili peguam, Lissa Shukri manakala pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Heikal Ismail. 


Sementara itu, Hakim Datuk Ahmad Zani Mohd. Zain menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM90,000 dengan seorang penjamin selain membenarkan permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Alor Setar danmenetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan boleh denda maksimum lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram.  - UTUSAN ONLINE