Ismail Che Ros, 60, didakwa menerima habuan berkenaan daripada Teoh Hon Chun, seorang pengurus di sebuah projek pembinaan yang mempunyai kaitan dengan jabatannya.

Berikutan tindakan itu, Ismail dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Hakim Abu Bakar Manat membebaskan tertuduh dengan wang jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selepas dia yang diwakili peguam Zahir Shah membuat pengakuan tidak bersalah.

Sementara itu, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rozanna Abd. Hadi. - UTUSAN ONLINE