Datuk Prof. Dr. N. Sundra Rajoo, 63, yang mengenakan sut hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan dihadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut semua pertuduhan, beliau sebagai ejen iaitu Pengarah AIAC didakwa melakukan pecah amanah terhadap dana yang diamanahkan kepadanya berjumlah RM1,011,367.50.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di pejabat AIAC, Bangunan Sulaiman, Jalan Sultan Hishamuddin, di sini antara 8 Disember 2016 dan 17 Ogos 2018.

Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Bahrain Omar mengemukakan semua pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, sebatan dan denda. - UTUSAN ONLINE