Tertuduh, Chang Ye Siong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

Sementara itu, di hadapan Majistret Salamiah Salleh, Ye Siong turut didakwa atas pertuduhan mengugut untuk menyebarkan gambar lucah seorang wanita yang juga adik kepada wanita bersuami itu ada tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa memiliki video lucah di dalam telefon bimbitnya yang dimuat naik untuk tujuan pengedaran.

Mahkamah membenarkan Ye Siong diikat jamin RM12,500 bagi ketiga-tiga pertuduhan berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali selain tidak dibenarkan menganggu saksi pendakwaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran dan Mary Phoon Keat Mee manakala tertuduh diwakili peguam Tay Yi Kuan dan Mohd. Syazwan Mohd. Hassan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak mangsa.

Mahkamah menetapkan 29 Januari depan untuk sebutan semula kesemua kes. - UTUSAN ONLINE