Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Noor Azman Azemi untuk merayu keputusan tersebut.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif membenarkan pemohon mengemukakan satu persoalan undang-undang dalam rayuannya yang akan ditetapkan pada satu tarikh lain.

Beliau bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Noor Azman merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Mei lalu yang membenarkan tuntutan balas Zahida dan mengarahkannya membayar ganti rugi RM200,000.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Zahida untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Februari 2014 yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM150,000 dan kos RM40,000 kepada Noor Azman. - UTUSAN ONLINE