Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas pemandu peribadi diarah bayar Zahida RM200,000

PUTRAJAYA 16 Mei - Pelakon Zahida Mohamed Rafik mendapat RM200,000 selepas Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan bekas pemandu peribadinya membayar ganti rugi berhubung saman fitnah yang difailkan oleh lelaki itu berkaitan kehilangan wang RM200,000.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim turut memerintahkan Noor Azman Azemi membayar kos RM50,000 kepada aktres berkenaan.

Kuorum berkenaan berpuas hati bahawa Zahida, 42, mendapat keistimewaan mutlak (absolute privilege) kerana kenyataan kepada pihak media berhubung kehilangan RM200,000 miliknya, dibuat berdasarkan laporan polis.

Mahkamah berpuas hati bahawa kenyataan kepada akhbar itu merupakan ulangan kepada laporan polis yang dibuatnya ekoran kehilangan wang tersebut yang sepatutnya dimasukkan ke dalam bank.

Kuorum berkenaan mencapai ketentuan itu selepas membenarkan rayuan Zahida untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Februari 2014 yang membenarkan tuntutan saman lelaki tersebut dan mengarahkannya membayar ganti rugi RM150,000 dan kos RM40,000.

Panel berkenaan memutuskan demikian ketika membenarkan tuntutan balas pelakon tersebut dan mengarahkan Noor Azman, 43, membayar ganti rugi RM200,000.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed hadir bagi pihak Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewaki­li pelakon filem komedi `Anak Mami The Movie’ itu manakala Latheefa Koya mewakili Noor Azman.

Latheefa ketika ditemui pemberita selepas itu memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan me­rayu di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan kenyataan Zahida dalam akhbar tersebut adalah fitnah kerana beberapa bukti yang dikemukakannya, tidak boleh dipercayai.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain