Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan balas pelakon berkenaan.

Kuorum berkenaan membenarkan rayuan Zahida dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas pemandunya kerana memfitnah.

Noor Azman memfailkan saman terhadap Zahida pada 27 November  2013, berhubung satu artikel bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu' selepas pelakon itu menuduhnya melarikan RM200,000 selepas dia diarahkan untuk memasukkan wang berkenaan dalam akaun banknya. - UTUSAN ONLINE