Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas pemandu dijel 12 tahun, 10 sebatan

M. NANTHA KUMAR diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi Ipoh,
M. NANTHA KUMAR diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, semalam. UTUSAN/KAMAL BASIR WAHAB

IPOH 18 April – Seorang bekas pemandu bas kilang dihukum penjara 12 tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memiliki dadah jenis ganja seberat 436.5 gram, pertengahan tahun lalu.

Hakim Datuk Samsudin Hassan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap M. Nantha Kumar, 42, yang melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Persiaran Tawas Baru 8, Taman Tasek Mewah di sini kira-kira pukul 8.45 malam, 30 Mei 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2)(f) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan sebatan.

Hukuman penjara diperintah berkuat kuasa mulai tarikh tertuduh ditangkap pada hari kejadian.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira rekod lampau lelaki itu atas kesalahan sama pada tahun 2010.

Peguam K. Nahtan yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya menyara isteri serta lima anak selain menghidap penyakit kencing manis dan sakit jantung.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota polis yang menahan Nantha Kumar di tempat kejadian, telah me­nemukan satu plastik kuning mengan­dungi lima peket plastik besar lut sinar berisi daun kering dipercayai dadah berkenaan, dalam kereta tertuduh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain