Hakim Datuk Azman Abdullah bagaimanapun menggantikan hukuman penjara lapan bulan kepada denda RM4,000 terhadap Haris Fathillah, 59, dan mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pada 14 April 2016, Mahkamah Sesyen memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan selepas didapati bersalah terhadap
pertuduhan memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan kemarahan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini, antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE