Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


Terdahulu suspek tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira pukul 2.15 petang dengan berpakaian lokap SPRM berwarna oren sambil tangan bergari.


Sebelum itu, suspek yang berumur 51 tahun dibawa dari rumahnya di Kuala Lumpur ke Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 12.30 pagi untuk diambil keterangan sebelum ditahan pada pukul 4 pagi hari ini.-UTUSAN ONLINE.