Siti Diyana Awang, 26, didakwa sebagai pekerja yang diamanahkan dengan wang kutipan jualan berjumlah RM12,984.30 milik syarikat itu, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pharma Line Marketing Sdn. Bhd., Jalan Putera Permai 1B, Taman Equine, Seri Kembangan di sini pada 24 Oktober tahun lalu.


Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta denda.


Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.