Muhammad Amirul Helmy Hisham, 24, selaku Orang Kena Saman (OKS), dijatuhi hukuman itu selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes hari ini selepas pertuduhan dibacakan semula kepadanya di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Muhammad Amirul Helmy sebelum ini dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah menggunakan nama profilnya ‘Amirul Helmy’ di laman Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain kira-kira pukul 10.23 pagi, 18 November 2016.

Pautan itu kemudiannya telah dibaca di Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini kira-kira pukul 9 pagi, 17 Februari tahun lalu.

Dia yang pernah bekerja di bahagian logistik di Pelabuhan Klang didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. - UTUSAN ONLINE