Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas Ketua Pengarah Imigresen dipenjara 6 tahun

WAHID MD. DON
WAHID MD. DON

PUTRAJAYA 12 Mei – Nasib tidak menyebelahi bekas Ketua Pe­ngarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don apabila Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan menerima rasuah RM60,000, sembilan tahun lalu.

Rasuah tersebut sebagai upah mempercepatkan kelulusan per­mohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini.

Ketentuan itu dicapai secara sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Mohtarudin Baki yang bersidang bersama Datuk Lim Yee Lan dan Datuk Ahmadi Asnawi ketika menolak rayuan akhirnya.

Kuorum berkenaan turut mengekalkan keputusan terdahulu yang mengarahkan bekas pegawai kanan kerajaan itu membayar denda RM300,000 bagi kesalahan ter­se­but. Denda itu bagaimanapun telah dijelaskan.

Sejurus keputusan selesai diumumkan, Wahid, 65, kelihatan membuka kot dan tali leher yang dipakainya serta mengeluarkan telefon bimbit yang disimpan dalam poket seluar lalu menyerahkan kepada isterinya.

Beliau kemudian berbual seketika dengan beberapa ahli keluarga yang turut hadir mendengar rayuan tersebut serta bersalam-salaman dengan mereka sambil mengucapkan ‘terima kasih’ sebelum dibawa ke lokap mahkamah.

Hakim Mohtarudin ketika membaca keputusan ringkas berkata, berdasarkan bukti ke­terangan kes secara keseluruhan, panel itu tiada sebab untuk mengubah dapatan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan sependapat dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman tersebut pada 30 Oktober 2013 dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya pada 16 Disember 2015.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain