Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan yang dikemukakan Mohd. Moriff Zulkarnaim, 30, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Mohd. Moriff didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11.30 pagi, 1 Nov 2016 di rumah sewanya di Lorong Sekilau 31, di sini.

Dadah berkenaan ditemukan di dalam sebuah beg bersama-sama dompet yang mengandungi dokumen peribadi tertuduh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE