Zamri Abdul Razak, 52, bagaimanapun mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yanh dikemukakan di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan Isnin ini untuk bacaan fakta kes dan jatuh hukum terhadap duda anak tiga itu.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan aplikasi Facebook miliknya di pautan zamri.xzone secara sedar membuat dan memulakan dua penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua hantaran berkenaan kemudiannya dibacakan oleh seorang individu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 12.45 tengah hari, 10 Mac lalu.

Semua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun. - UTUSAN ONLINE