Hanita Halid, 26, yang juga bekas atlet gimnastik memfailkan permohonan hak ja­gaan anak mengikut Seksyen 81(1); nafkah anak mengikut Seksyen 72(1)(2); mutaah mengikut Seksyen 56 dan nafkah idah mengikut Seksyen 59(1), semuanya di bawah Akta Undang-undang Kelu­ar­ga Islam (Wilayah-wilayah Per­sekutuan) 1984 pada 23 Februari lalu.

Mohd. amirul hadi ZAINAL
MOHD. AMIRUL HADI ZAINAL

Amirul Hadi atau nama penuhnya Mohd. Amirul Hadi Zainal, 31, merupakan anak kepada bekas pemain legen­da Selangor, Zainal Nordin bagaimanapun tidak hadir pa­da sebutan pengurusan kes di hadapan Penolong Pendaftar, Nur Safiza Zainal Abidin hari ini.

Hanita yang hadir ditemani bapa kandungnya, diwakili peguam-peguam syarie, Muhammad Amirul Ashraf Ab. Ghani dan Muhammad Zawawi Jalaludin.

Sementara itu, Muhammad Amirul Ashraf yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, sebutan semula kes tuntutan tersebut ditetapkan pada 27 November ini.

“Pada tarikh itu, mahkamah ingin melihat maklum balas­ secara bertulis daripada Ami­rul­ Hadi yang dinamakan sebagai defendan dalam kes tuntutan itu.

“Saman dan penyata tuntu­tan ini kami telah serahkan kepada Amirul Hadi pada Jun lalu dan pihaknya sudah menerima, namun tiada sebarang balasan mahupun penyataan secara bertulis dibuat olehnya sehingga hari ini,” katanya.

Amirul Hadi dan Hanita men­dirikan rumah tangga pa­da 1 Mei 2015 dan bercerai 6 Oktober tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia dua tahun.

Amirul Hadi yang pernah mewakili skuad kebangsaan telah berkahwin buat kali ke­dua pada 1 Januari lalu dengan seorang wanita yang berasal dari Johor Bahru.