Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh Datuk Rohana Yusuf yang bersidang bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim yang menolak rayuan D. Heryati Abdul Rahim, 55.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 April tahun lalu yang menolak samannya atas alasan writ saman itu difailkan melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

Pada 5 Februari 2015, Heryati memfailkan saman terhadap mereka kerana kegagalan memindahkan pemilikan lapan hektar tanah di Jelebu, Negeri Sembilan kepadanya berdasarkan perjanjian pada 20 Jun 2000.

Heryati mendakwa bahawa pada masa itu, beliau masih isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri dan memiliki bersama saham-saham dalam syarikat Zamrudvest Sdn. Bhd., yang mengendalikan francais di bawah ‘EON Dealers and Franchise’. - UTUSAN ONLINE