Tertuduh, Norshahida Zolkifly, 33, yang juga bekas kakitangan Jabatan Imigresen bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.


Pertuduhan keatasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Fitriza Abd. Latif.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai dekat sini tanpa kebenaran.


Kesalahan itu didakwa dilakukan wanita itu di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 3 petang, 6 Julai lalu.


Norshahida didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam M. Haresh dan Ramzani Idris. - UTUSAN ONLINE