Gitaris dihukum
Tertuduh, Md Nurulazman Saliholdin @ Salihaldin tiba di mahkamah untuk keputusan atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk ke rumah mangsa, Februari lalu di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. - GAMBAR IHSAN RAKAN MEDIA

Hakim Juraidah Abbas memerintahkan supaya hukuman terhadap tertuduh, Md. Nurul Azman [email protected], 44, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Februari lalu.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara pukul 2 petang hingga 6 petang, 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh serta orang awam.

Sementara Md. Nurul Azman yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan kerana insaf dengan perbuatan yang dilakukan itu. - UTUSAN ONLINE