Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas eksekutif IT bebas tuduhan bunuh isteri

Norazman Bashah 2
Norazman Bashah

PUTRAJAYA 12 April – Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan akhir pendakwa raya terhadap pembebasan bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat (IT) daripada tuduhan membunuh isterinya, eksekutif pentadbiran Stesen Televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, lima tahun lalu.

Ekoran keputusan itu, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 36, kekal dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh isterinya.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif selepas pendakwa raya gagal menyerahkan notis rayuan kepada bekas kakitangan syarikat minyak dan gas itu untuk kali ketiga.

Sehubungan itu, beliau yang bersidang bersama Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha membatalkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hamzah Ismail.

Norazman Bashah tidak hadir ke mahkamah ketika kesnya disebut kali pertama iaitu pada 6 Disember tahun lalu, kali kedua pada 16 Februari lalu dan hari ini selepas notis rayuan gagal diserahkan.

Ketika kesnya disebut kali pertama, pihak pendakwaan memaklumkan, alamat yang tertera pada notis rayuan itu adalah di Felda Bukit Permai, Kulai, Johor.

Notis itu mengkehendakinya hadir ke mahkamah bagi mendengar ra­yuan akhir pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan pembebasannya.

Pendakwa raya merayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 19 Februari tahun lalu yang membebaskan Norazman Bashah daripada tuduhan membunuh Nur Syaleza, 31.

Mahkamah Ra­yuan sebulat suara mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh mangsa selepas menolak ra­yuan pendakwa raya.

Pihak pendakwaan ketika itu berhujah, Nur Syaleza tidak membunuh diri, sebaliknya dibunuh kerana keterangan ikut keadaan tidak menyokong ke­­­sim­pulan bahawa mangsa menggantung diri menggunakan kain cadar pada kipas siling dalam bilik di rumah mereka.

Bagaimanapun pihak pembe­laan berhujah, selain tiada tanda-tanda serangan kelihatan pada tubuhnya, pegawai penyiasat gagal menyiasat bangku kecil yang berada di dalam bilik tempat mangsa menggantung diri sama ada bangku itu digunakan untuk berdiri sebelum membunuh diri.

Pada 28 Mei 2015, Norazman Bashah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh Nur Syaleza di kediaman di No. 115, Tingkat 1 Blok O, Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara pukul 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain